UNTUK MAKLUMAN

Blog ni hak peribadi yg Fully nya ditulis dan direkabentuk oleh saya.Kesemuanya adalah tentang saya tanpa mencampuri urusan orang lain. Membaca, melihat dan memasuki blog ni adalah dgn kerelaan masing2.Sebarang bahan berupa ugutan, mempertikaikan manusia,juga sabotaj sama sekali dikira tidak bermaruah. Memuntahkan saki-baki bahase kesat dan menjijikkan dianggap sbg teramat biadap.

Monday, March 31, 2008

ari Yang Tak Tenang...

adehh.. tgk title macam hampeh.. tapi aku sungguh hepi tuu... disebabkan telalu tidak tenang duk umah, ape pun.. cari la alasann utk mengubat keboringan aku.. so dgn seronok n hepinye aku paksa la mamat nepal (gelaran utk budak tummy bermata mcm nepal - hazel) hahahahaha gelak2 tergolek... kasik dia marah!!!...

aku plan la something..pe lagi.. ajak2 budak ni pi main air kat PD. kat sana uwaaa sungguh best leh main banana boatt.. mmg .. aku ade la snap gambar skit.. korang nak tgk??? boleyy.. tgk laa... aku tauu korang mesti teruja macam aku teruja men menda 'haram' nih.. len kali aku takmo naik dah.. takut mati aku.. sbb mende ni diowang bawak ke tgh2 laut nuhhh... pastu dowang jatuhkan/terbalikkan plampung banana tu... so semua kat atas mende tuh jatuh ngan cara kasauuu tau kat lam laut...macam nakilang nyawa takuttt... takut lemas,walaupun dah pakai safety jaket tuhh.. taknak naik dahh..


Tapi aku tetap hepii.. jom tgk pict kitorg.,. sori Kejadian ini sudah sebulan yang lalu .. hikhihik22.. kesahh basii okk.. baru nak upload, rajin lak tetiba bila baru semalam aku dapat gambar ni dari 'mamat nepal' tuhhh....

Thursday, March 20, 2008

juzz nak Share NGan org SinglE!!

Artikel nie aku just copy paste dari blog sape ntah. Mungkin korang ada perasan, tapi yang belum boleh la baca melalui aku. Saje nak kongsi2 dengan orang2 yang masih single.Dan ofcoz la orang yang single dan lanjut usia katanya...akan selalu terima soalan2 seperti;"Bila nak kawin??? umur dah bape nie??? adik ko pun dah kawin""Bf takder ke? umur dah tutttttttttttt... pun takder bf ker???""Korang bila lagi nak kawin, bercinta dah lama... tak kawin2 pun"dll Mesti pressure kan, kalau boleh nak carik laki/bini sekarang jugak(tangkap muat la nie) dan kalau boleh nak paksa pasangan suh masuk minang kawin cepat2 sebab dah tak tahan dengan mulut2 orang yang suka perli2 nie.Jadi... artikel nie boleh la buat kita rasa lega. Tak salah kawin lambat apa... kan kan kan...Renungkanlah sedalam-dalamnya..……



Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Wednesday, March 19, 2008

keseorangan

tatkala aku keseorangan camni.. adoi.. syahdunya sejuk aircond yang mengeringkan lagi kulit2 ku ini.. mana semua orng ni.. online pun takde orng,. yang tinggal hanya kekawan zaman muda mudi dulu je.. aku sorang2 je kat opis nii.. walllllllaaaaa.... tensionnn....

mmg la aku kna duk sorng2 kat opis... sbb bebudak semer ni pi istana nun... budak2 opis aku kna berlakon jadi dif2 kehormat kat balairong, Istana Negara.. aaahhh rasa kan la aku duk sorang2 .. tapi tetap bahagia.. pasal cipan takde tatkala ini lalalalalala (aku gumbiraaa) .. kat sana pon pada aku, boring jugak tgk menteri2 angkat sumpah, ek elehhh bukan aku pun yang kna angkat sumpahh (nada jeles ke nih) ,, panas bontot lama2 la pi sana.. time aku pi jdi dif kehormat utk majlis angkat sumpah PakLah ari tu pun udah membuatkan bontot ku leper.... penat la berprotokoll.. adussss.. lapazzzzz... nak kna tunggu time sesudah majlis itu.. adoii lama sungguh..tapi walau aku boring duk sorng2...dengan ketiadaan power supply buat seketika tadi.. aku cukup cuak sbb boring tak leh buka blog n online.. pc internal je berfungsi... semua game aku dah balunn.. so skrng bila dah ok balikk.. aku nak online.. lupa pulak kekawan yang zaman tok adam je kat lam tu.. hampehsss... aku ttp boring.. cehhhh dengan bangga nyer.. aku mauu kuar sekarang pi jimba2.. cittt CIPAN.. ko jgn marah aku masuk lambat k. aku tau.. ko mesti marah aku nanti.. ekelehh tak pedulikk.. aku nak kuar jugak. nak menghargai masa paling gumbira ini.. lalalalallala... (tepat jam 1.45) cincaaauuuuuuuu..

Monday, March 17, 2008

Cipan Yang Kepanasan

apa maksudnye ni.?? aku pun tak paham. tapi aku cukup2 tension bila keadaan ini makin menjadi2.. aku mencik dgn propaganda yang tak masuk akal ni.. woiitttttt myampah nyerrr nyetnyettt aku niii..
sakit ati bila soalan "tuhi.. bila lagi mu akan jadi kuli keling kat opis ni"... "brape lama lagi tuhi mu cukup sabar ngan karenah jins2 yang mggilozz ni".. (ni adalah soklan yang wajib aku tanggung dalam otak aku.. ok!!!). aku tak suka.. tension jiwa dan raga tuu.. bila aku kje kna ganti org, buat kje orgg.. pastu org marah aku sbb tak tau buat kje.. ok.. so apa lagi.. "wey... ko tolong cari la sape yang baik ati.. sukarelawan nak jadi kuli kat tempat ko ni... cipan panas betul la... " .. aku tauu...mmg banyak la ko punya propaganda nak suh aku tahan ngan ko kan? aku tak suka la.. tapi aku tak tau nak sejukkan api yang marak2 dalam jantung hempedu aku ni.. aku benci aaa. jgn amik aku duk sini la.. cepat la.. tukarkan aku.. tak antar aku balik kg pun takpe.. aku nak tukar.. tempat yang tenang sikit dari opis ni laaa.. aku benci nagn cipan panas cam muuuu.. sakit.. mmg aku tul2 jiwa kacau tauu tak??!!!
brape lama nii... adoi laa... aku tak tahann., kalo stakat aku juzz duk melepakk.. ksut kpala ngabn kje2 aku takpe la. ni, aku handle tmpat org.. ko jgn push2 aku boley tak... aku takpaham la ko ni.. nape aku lak ko nak dera.. wessss,... myampah aku jadi 'ruhi' bila aku tau nama ni yang banyak kali ko sbut seharian ... tau tak.. aku myampah.. nak je aku jerittt "blah la cipan panasss" aku letih dgr panggil nama akuu.. .. dah laa.. amboi...
ko pi gym.. aku kna stay.. ko mkn.. aku nganga.. zalim ke ape kobondooo ko nii... yang ko tauuuu jeritttt.. "RUHIIIIII, sy cekittt karangg" gurauuuannn... memag ..tapi dulu okk.. skrng aku rasa cam cilakak perkataan2 tu.. betull.. aku myampah!!!.. cover org tapi macam baraiiii,...... tensionn... leh dapat blood presure aku cam ni tauu.. mmg AKU MYAMPAH ANAK SAMPAH!@!!%#%&^*&$&*&$* paham takkkk??? dah la Cipan.. mmg ko ni berpanazzzzz sampai ke rentung...
*maaf ler.. aku malas nak upload gambaq.. mood aku hanya ader 1% utk snap2 pict ni.. sbb tgk muka cipan2 yang hangit tu.. cukup semak lam jiwa aku!!!

Friday, March 14, 2008

wut Shut i dooooo????

Mengikut senarai ranking perjalanan hidup aku.. perkataan yang paling kerap aku guna ialah... 'diet pokett' dan ia merupakan antara tangga tertinggi dalam bancian 2006,2007 dan.... 2008 adalah tahun yang paling kerap dan adakala konsisten aku menggunakan 'diet poket'. Sesetengah orang mengklasifikasikan 'diet poket' ialah duit dah takde dalam beg duit, tapi dalam bank adalah sikit dalam 50 ringgit. Ada segelintir mendefinisikan 'diet poket' ni maknanya duit dalam bank takde langsung, tapi ada lagi sikit duit dalam beg duit, maybe lam RM2-RM5. Ada pula yang kata 'die poket' ni contohnya macam duit dalam bank takde, duit dalam beg pun takde. Tapi hari hari senang je mintak duit kat mak ayah depa. Kalau parents takde duit kecik, dapat RM50. Dan yang paling tak tau nak cakap apa, ada juga yang mengklasifikasikannya sebagai duit dalam bank banyak, dalam beg duit ada. Kerja gaji besar. Tapi mengeluh lagi takde duit. macam bos aku yang cukup KedekUt gilee tu... myampah anak sampah aku!!!Apa cerita? Bagi aku, 'diet poket' ialah takde duit langsung. Haram takde sampai rasa nak penampor kalau org ajak pi minum or tgk wayang.. adoiiii... Semalam aku minta pinjam dah ngan kekawan aku ... Maksudnya seposen pun takde. Lepas tu tak leh bayau lagi.. bila aku check emaklum.. berong tull.. takde pon masyuk invois. check maybank2U.. apa barang setakat terpampang rm8.26.. myampahhhhhh.. Kalau kerja pun kerja runcit-runcit. Nak mintak dengan bapak, jangan harap nak dapat. ni aku keje ari2 macam org giler.. tapi haram duit ciput sesangat.. uishh bertambah myampah aku..Dengan member member siap ada hutang lagi. Itu baru definisi 'DIET POKET' yang tepat bagi aku..so wut should i do..... walalalalalalalalaallalal....

Thursday, March 13, 2008

Takutnyerr aku..

korang tau tak.. mlm tadi aku udah mimpikan makluk ini... wa.. sebijik kedudukan dia macam ni.. takutnyer akuu... uwaaaaa... dia dah memakan akak aku.. dpn mata tu.. takutnye aku.. cuak giler time tu.. aku.. punya lah lari nak selamatkan diri aku.. time tu dia kejar2 akuu... korang tau.. aku menyorok blakang almari besar..tapi dengan slumber je dia amik almari tu n makan.. makkk.. takutnyer aku.. apakah petanda mimpi yang ngeri ni..idung dia dari dekat buruk gilerrr... takutnye aku kalo tul2 jadi menatang besar ni ada dpan mata aku. uolss tau.. dia punya badan besar giler... i think maybe pasal aku dah tiru dia punya gaya tu last weekend.. makk taknak dahh... sue ein takut wooooo... takmo .... tobakk aku takmo mimpi ngeri camtu.... so moralnyer.. korang jgn berlagak "mengerikan diri sendiri"....

Wednesday, March 12, 2008

seterusnya adalah ari2 yang bersejarah...

hihih.. aku mmg ketinggalan.. tapi aku nak upload jugak gambar2 ni.. saje.. mana aci korang je duk bercerita kat blog korang kan?? tapi takpe, aku juzzz upload gambar je.. semangat 4 tahun skali tu... nii dia... taraaaaa.....

ari Cuti Yang Teramat BusaNNN

wwoowww... bosannya tgk blog yang tak update ni... sama jugak pasal aku betul2 busannnn cuti lepas.. tension.. bagai nak gilzz.. apa lagi.. duk umah, tido.. bangun sembang.. tgk cD.. karoeke ngan roommate.. mkn.. mkn..mkn.. pastu lagik satu.. buat kje buduuuuuh.. aku n dia.. buat mimik muka yang paling cun. snap gambar.. wakakhakhahkak.. dia kata muka aku mcm.....tutttttttttttttttttt... n aku pulak cakap muka dia macam....tikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.. jom.. kita tgkk.. apa lak korang cakap...hihih.. zaaaassss...
yang penting tunjuk gigi dulu..
hihihi.. seterusnya, sapa ni??mulanya nak tunjuk sape yang layak jadi calon filem tarzan..sekali kuar plakon pembantu filem shrekk.. wakakahkakahh

apa yang korang layak gelarkan kaum2 seperti ini.. sunggug durjana.. hahahahah

Thursday, March 6, 2008

huhuu.. Test Jugak..

hihihi..aku mencuba jugak.. setelah pepagi yang indah ini aku baca blog k.nanaRahman.. so aku try...
resultnya.. Taaaraaaaa...
84%How Addicted to Blogging Are You?


apa lagi.. test lerrrr....

Wednesday, March 5, 2008

Joging bukan utk kurus,... tapi utk kempiskan perutt.. huhuhhu


jogging.. huhuh.. smlm mulanya nak gi gim kat KBS.. tapi alamakk... tutup lakk.. nak tak nak.. alang2 dah kuar .. pi la joging cam biasa.. kat bukit perdana.. jom tgk budak kurus joging .. dan.....

taraaaa.....budak temookk buat sit up!!
(ingat dia leh kempiskan perut tu.. wakakhakhakhakh)
dan ini2 adalah budak yang berangan nak cun ngan body kurus kerempeng!!

tgkk.. joging pun boleh gayutt.. adoi...tak paham aku.. dah la.. jom balik aaa.. wow lawanye jambatan tuu.. buat jakun..:P

Tuesday, March 4, 2008

Boring tak?? Boring kan??

so.. jom kita layan ni jap, nak? kasik ilang boring skittt...kalo tak 100% pun, juz 1% je pon .. ok je.. huhhuuhu

kisah 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..

lawak 2

Pada satu petang, si ibu membawa anaknye berusia 4 thn bersiar2 menaikikereta. Dlm perjalanan si ibu membunyikan hon.

Anak : Naper ibu bunyikan hon & saperorg tu?
Ibu : Tu sedara kiter, kenalah hormat.

Dlm perjalanan mereka seterusnya mereka terserempak dgn seekor lembu ygnak melintas lalu si ibu membunyikan hon.

Anak : Itupun sedara kiter jugak ke ibu?

Lawak 3

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.

Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak.saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk........Benci .........

ermmm.. tu je laa.. malas nak upload mende lain... so boringgg....